Home Teknologi Pertahanan Belanda pilih kapal selam buatan Perancis

Belanda pilih kapal selam buatan Perancis

by M.Daim

AMSTERDAM, 1 OKT – Kerajaan Belanda telah memilih untuk membeli 4 buah kapal selam Barracuda dari Naval Group.

Perjanjian perolehan tersebut telah dimeterai di antara kerajaan Belanda dengan Naval Group di Den Helder.

Menurut pihak Naval Group, perjanjian  perolehan itu dimeterai pada 30 September lalu.

Perolehan ini merupakan permulaan program penggantian kapal selam kelas WALRUS yang dioperasikan oleh negara Eropah itu semenjak era 1990-an.

Program perolehan kapal selam kelas baharu ORKA menelan belanja sebanyak €5.6 billion (RM25.85 bilion).

Belanda dijangka akan menerima kapal selam pertamanya pada tahun 2034. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #NavalGroup

Related Articles

Leave a Reply