Home Semasa Ahmad Farouk dilantik Ketua Pegawai Pelaburan baharu LTAT

Ahmad Farouk dilantik Ketua Pegawai Pelaburan baharu LTAT

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 1 OKT – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Ahmad Farouk Mohamed sebagai Ketua Pegawai Pelaburan baharu.

 Perkara tersebut diumumkan oleh LTAT dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

“Pengalaman dan rekod pencapaian cemerlang beliau dalam sektor pelaburan akann menyumbang terhadap usaha LTAT yang berterusan dalam memperkukuh strategi pelaburan kami, menuju ke arah pertubuhan yang mampan dan memastikan pulangan yang optimum dalam meningkatkan daya tahan dana dalam landsakp ekonomi yang dinamik, ” ujar Ketua Eksekutif LTAT, Ashraf Radzi dalam kenyataan itu.

Tambahnya lagi, kecekapan Ahmad Farouk dalam penstrukturan semula asset dan pelaburan strategik selaras dengan visi jangka panjang dalam mengubah LTAT menjadi Dana Providen Mampan.

“Sumbangan beliau akan menyokong misi kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang smabil meningkatkan kesejahteraan kewangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).”

Dalam pada itu, beliau berperanan penting dalam membentuk hala tuju strategik, memacu transformasi utama, serta mengetuai rundingan untuk penggabungan dan pengambilalihan (M&A), di samping mengawasi pembangunan infrastruktur digital MIDF.

Dengan kepakaran dan kepimpinan yang pelbagai, LTAT yakin bahawa Ahmad Farouk akan menjadi pendorong utama dalam memajukan objektif strategik LTAT dan memastikan kejayaan berterusan dalam usaha pelaburannya.

“Kami yakin kepimpinan Ahmad Farouk akan membantu LTAT menyahut cabaran landskap pelaburan dengan berkesan, memacu inovasi dan kecemerlangan dalam pengurusan portfolio kami.”

Dengan membawa bersama lebih daripada dua dekad pengalaman dan kepakaran dalam pelaburan dan kewangan, serta pengurusan dan transformasi strategik demi memperkukuh portfolio pelaburan LTAT.

Di samping, Ahmad Farouk telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan di Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) sebelum ini.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas di Khazanah Nasional Berhad, berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dalam unit Pelaburan dan dan juga unit Pengurusan Strategik dengan merangka dan melaksnakan pelan strategik tahunan khazanah.

Ahmad Farouk memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Sastera (Kepujian) dalam bidang Matematik daripada Trinity College, Universiti Cambridge. Asas akademik beliau turut dilengkapi diploma pascasiswazah dalam Sains Aktuari dan Pengurusan Aktuari daripada City University, London, selain Sijil dalam Kewangan dan Pelaburan, serta Diploma dalam Teknik Aktuari daripada Institute of Actuaries, London.

LTAT merupakan institusi badan berkanun dalam menyediakan kemudahan Skim Simpanan Persaraan kepada para Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pesara tentera dan ditubuhkan pada Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply