Home SemasaGlobal Su-35 Rusia ‘pancung’ F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat

Su-35 Rusia ‘pancung’ F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat

by M.Daim

WASHINGTON, 1 OKT –  Pemerintahan Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) mendedahkan video tindakan manuver berbahaya yang dilakukan oleh juruterbang Rusia.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan sebuah jet pejuang Sukhoi Su-35 milik Tentera Udara Rusia melakukan penerbangan yang begitu rapat dan memotong bahagian hadapan F-16.

Manuver ini turut dikenali sebagai “headbutt” dan merupakan satu gerak langkah yang berisiko tinggi serta berbahaya.

Pihak NORAD dalam satu kenyataan berkata, tindakan yang dilakukan oleh juruterbang Su-35 tersebut adalah tidak profesional dan merbahaya.

Su-35 dan pesawat pengebom Tu-95 merupakan antara aset udara Rusia yang dikesan beroperasi di ruang udara ADIZ Alaska oleh NORAD pada 24 September lalu. Foto: NORAD

“Pada 23 September 2024, pesawat NORAD telah melakukan pemintasan yang selamat dan berdisiplin terhadap pesawat tentera Rusia di zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) Alaska,

“Tindakan Su-35 Rusia adalah tidak selamat, tidak profesional, dan membahayakan semua – ini bukan sesuatu yang anda lihat dalam tentera udara profesional,” tegas Jeneral Gregory Guillot.

Pihak NORAD sebelum ini menyatakan mereka telah mengesan dan menjejak 4 buah pesawat tentera Rusia yang berada dalam ADIZ Alaska. – airtimes.my

#AirTimes #Global #NORAD

Related Articles

Leave a Reply