Home Pertahanan dan Keselamatan 20 ekor anjing pengesan dadah perkasa operasi JKDM di pintu masuk negara

20 ekor anjing pengesan dadah perkasa operasi JKDM di pintu masuk negara

by Zaki Salleh

PUTRAJAYA, 1 OKT – Operasi Unit Anjing Pengesan Dadah (K9) Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diperkasakan apabila menerima 20 ekor anjing.

Unit Anjing K-9 JKDM merupakan petugas barisan paling hadapan dalam membanteras dan mengekang cubaan menyeludup dadah di pintu-pintu masuk negara.

Sepertimana di negara-negara maju, JKDM tidak terkecuali menjadikan Unit Anjing K-9 sebagai sebahagian elemen penguatkuasaan undang-undang.

Sebelum itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan JKDM untuk perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah baka Labrador Retriever.

Ini melibatkan 16 ekor jantan dan empat ekor betina yang diterima dari India pada 7 Jun lalu.

Kesemua haiwan-haiwan ini bersama penyelia telah menjalani Latihan Teknik-teknik Pengendalian dan Pengurusan APD pada Julai dikendalikan jurulatih dari India.

Kemudian, diteruskan dengan Latihan Penyesuaian Penyeliaan APD oleh jurulatih JKDM di Unit K9 Ibu Pejabat.

Melalui kedua-dua  latihan  ini,  penyelia memperoleh kecekapan dan keserasian dengan APD untuk pelaksanaan operasi pengesanan dadah.

Selain daripada penggunaan teknologi mesin pengimbas terkini, kehadiran APD yang memiliki deria bau sangat sensitif berkeupayaan untuk mengesan dadah di lapangan.

Selain itu, penggunaan anjing K-9 juga menimbulkan rasa gerun (fear) kepada penyeludup dan individu tertentu yang merancang melakukan jenayah.

Ketika ini JKDM mempunyai 20 ekor anjing yang ditempatkan di seluruh negara.

Difahamkan, APD kini menjadi elemen penting dalam Program Pengurusan Risiko Global (Global Risk Management Programme) yang dibentuk oleh pentadbiran Kastam.

Program dadah dan prekursor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia/ World Customs Organization (WCO) menekan kepentingan peranan APD dalam memastikan keselamatan dan kawalan sempadan.

Terdahulu, majlis penyerahan 20 APD K-9 ini telah disempurnakan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin di Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya.

Penyerahan ini merupakan satu usaha membantu kelancaran aktiviti Bahagian Penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah.

Pada majlis sama juga telah diadakan Anugerah Khidmat Setia APD yang diberikan anugerah medal kepada dua ekor anjing iaitu Mateo dan Troll. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #JKDM

Related Articles

Leave a Reply