Home Semasa Boeing namakan semula kilang di Kedah, iktiraf keupayaan aeroangkasa Malaysia

Boeing namakan semula kilang di Kedah, iktiraf keupayaan aeroangkasa Malaysia

by Zulhaizi Rosdi

Boeing Company (Boeing) menamakan semula kemudahan pembuatannya yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah sebagai Boeing Composites Malaysia selain mengiktiraf keupayaan industri aeroangkasa Malaysia.

Presiden Boeing Asia Tenggara, Penny Burt berkata, kemudahan canggih dan tenaga kerja di Kedah memainkan peranan penting dalam industri aeroangkasa Malaysia yang semakin berkembang maju.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan mengiktiraf rekod keselamatan dan kualiti luar biasa di Boeing Composites Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata, Malaysia memerlukan kepantasan dan skala untuk membangunkan industri aeroangkasa negara.

“MITI melalui MIDA dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) komited dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan industri yang pesat khususnya dalam sektor bernilai tinggi.

“Saya yakin Boeing telah menemui kemampuan yang ada pada Malaysia dalam menyokong sistem yang diperlukan untuk mengeluarkan alat ganti berkualiti untuk pelanggan global anda (Boeing),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid turut menzahirkan rasa bangga apabila melihat Malaysia berjaya menyumbang keoada operasi global Boeing.

“MIDA komited dalam menyokong kejayaan berterusan Boeing Composites Malaysia dalam rantaian bekalan aeroangkasa di peringkat antarabangsa.” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply