Home Diskusi Takluk: Lahad Datu – Zahir penghormatan perjuangan anggota polis pertahan kedaulatan negara

Takluk: Lahad Datu – Zahir penghormatan perjuangan anggota polis pertahan kedaulatan negara

by Aqilah Azman

Buat julung kalinya, industri perfileman mengangkat detik hitam dalam sejarah negara Malaysia pada 10 tahun lalu. Takluk: Lahad Datu yang ‘diinspirasikan dari Kisah Benar’ ke layar perak dan bakal ditayangkan di pawagam pada 22 Ogos 2024.

Menerusi karya filem aksi perang kepolisan tersebut, adalah satu pengzahiran kehormatan terhadap kepayahan perjuangan anggota-anggota terlibat terutama penghargaan khusus buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi Ops Daulat: Lahad Datu yang menggemparkan Malaysia pada 2013 yang lalu.

“Saya sangat berbangga dalam masa sama saya juga gementar, sebab tanggungjawab itu besar,” kata pengarah filem Zulkarnain Azhar ketika sidang media yang berlangsung di GSC MidValley, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Zulkarnain mengungkapkan rasa di mana bagi mengangkat sejarah ke dalam bentuk filem ini agak mencabar untuk menggambarkan peristiwa yang telah mencabul kedualatan tanah air.

Menurutnya lagi, insiden yang dibangkitkan merupakan satu-satunya perang moden kita yang betul-betul terjadi dalam Malaysia dan cerita ini terpahat dalam sejarah.

Zulkarnain berpendapat dan merasakan filem yang diilhamkan dari buku Lahad Datu, wajar ditonton terutama golongan muda untuk menghargai pengorbanan perwira-perwira negara.

Berikutan, beliau turut berpandangan golongan muda lebih suka menonton berbanding membaca berkenaan sejarah-sejarah.

Maka, ini adalah satu peluang untuk menceritakan dan memperlihatkan bagaimana kepayahan beberapa anggota Komando VAT 69 dalam memepertahankan negara.

Justeru, Zulkarnain berhasrat agar ada satu peningkatan penghormatan dalam diri penonton terhadap unit beruniform dan juga sebagai lonjakan untuk menarik minat mereka menjadi anggota beruniform pada masa akan datang.

Sementara itu, pengarah dan juga pelakon veteran, Nasir Jani yang memegang watak antagonis, ‘Raja Imran’ menegaskan ia satu keperluan untuk mengenali sejarah agar sesuatu bangsa dapat maju dan kuat.

Tambah pak Nasir lagi, filem ini bukan setakat untuk ‘anak muda’ sahaja malah untuk kita semua supaya cakna dengan sejarah malah Lahad Datu ini salah satu sejarah paling terkini.

Filem tersebut menampilkan beberapa barisan pelakon hebat, iaitu Syafiq Kyle, Kamal Adli, Eman Manan, Fikry Ibrahim, Riezman Khuzaimi, Anding Indrawani, Josiah Hogan, Fad Anuar, Ayez Shaukat, Nasir Jani, Mustaqim Bahadon, Hairi Safwan, Adam Corrie Lee dan Zarul Umbrella.

Related Articles

Leave a Reply