Home SemasaGlobal Serangan terhadap Kursk: Kami mahu bentuk zon penampan – Zelenskyy

Serangan terhadap Kursk: Kami mahu bentuk zon penampan – Zelenskyy

by Aqilah Azman

KYIV, 19 OGOS – Presiden Ukraine,  Volodymyr Zelenskyy menegaskan operasi serangan yang dilancarkan oleh pasukan tenteranya ke dalam wilayah Rusia bermatlamat untuk membentuk zon penampan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau dalam siaran video yang di akaun media sosial rasminya.

“Tugas utama dalam operasi pertahanan ini adalah untuk memusnahkan keupayaan perang Rusia sebanyak yang mungkin dan juga melancarkan serangan balas pada tahap maksimum,

“Ini termasuklah membentuk zon penampan di wilayah mereka (Rusia),” katanya.

Serangan mengejut oleh Ukraine pada 6 Ogos lalu telah membawa kepada perkembangan baharu dalam situasi peperangan di antara kedua-dua negara berjiran itu.

Pada ketika ini, tentera Ukraine telah memasuki hampir 35 kilometer ke dalam wilayah Kursk. Selain itu, tentera Kyiv telah memusnahkan 2 jambatan penting di wilayah Kursk pada akhir minggu lalu.

Kedua-dua jambatan penting itu merentasi Sungai Seim dan dijangka menyukarkan operasi tentera Rusia untuk menguasai semula sebahagian wilayah Kursk. – airtimes.my

#Airtimes #Global #Ukraine

Related Articles

Leave a Reply