Home SemasaGlobal Loji kuasa nuklear terbesar Eropah terbakar

Loji kuasa nuklear terbesar Eropah terbakar

Kebakaran dilaporkan berlaku selepas serangan dron mengenai sebuah menara penyejuk stesen jana kuasa

by Zulhaizi Rosdi

KYIV, 12 OGOS – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) hari ini melaporkan satu kebakaran berlaku di loji kuasa nuklear terbesar di Eropah.

Menurutnya, kejadian berlaku di Zaporizhzhia, Ukraine.

“Kumpulan pakar IAEA telah melihat asap hitam di kawasan utara loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia selepas beberapa letupan berlaku pada lewat petang (waktu Ukraine),

“Pihak kami dimaklumkan berlaku serangan dron yang mengenai menara penyejuk (cooling tower) loji berkenaan,” kata IAEA dalam satu kenyataan ringkas.

Peperangan di Ukraine telah menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan stesen jana kuasa tenaga nuklear di wilayah bergolak.

Stesen jana kuasa Zaporizhzhia merupakan fasiliti kritikal yang terbesar di Eropah dan telah ditawan oleh tentera Rusia pada 4 Mac 2023.

Selain itu, kemaraan tentera Ukraine di Kursk telah menyebabkan pihak IAEA mengeluarkan peringatan kepada kedua-dua pihak bertelagah untuk memastikan tiada sebarang insiden buruk melibatkan stesen jana kuasa di wilayah Rusia.

Pada masa yang sama, pihak IAEA menyatakan belum terdapat sebarang laporan mengenai keselamatan nuklear berikutan serangan di Zaporizhzhia. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Zaporizhzhia

Related Articles

Leave a Reply