Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM terpaksa guna aset lebihi usia, kapal beroperasi tempo tinggi pertahan perairan negara

TLDM terpaksa guna aset lebihi usia, kapal beroperasi tempo tinggi pertahan perairan negara

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 4 JUL – Walaupun dibelenggu dengan lebih separuh aset melebihi usia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya melaksanakan 1,184 operasi pertahanan maritim negara.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 hari ini menyatakan, jumlah tersebut adalah jauh lebih tinggi, iaitu 139.5 peratus berbanding 849 operasi yang disasarkan untuk tempoh 2020-2022.

Menurutnya, walaupun berjaya melebihi sasaran, pihak audit mendapati beberapa aset TLDM yang melebihi usia dan juga kapal beroperasi melebihi norma (high-tempo) yang ditetapkan telah digunakan bagi tujuan itu.

“TLDM telah berjaya melaksanakan operasi melebihi sasaran yang ditetapkan dengann turut menggunakan kapal yang telah melebihi usia guna dan beroperasi secara high-tempo,” kata laporan itu.

LKAN 2/2024 yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan 26 buah kapal TLDM telah melebihi had ekonomik.

“Penggunaan kapal yang telah melebihi usia guna secara high-tempo berlaku disebabkan kelewatan perolehan dan penerimaan kapal baharu bagi menggantikan aset sedia ada,” jelas LKAN 2/2024/

Dalam laporan yang sama, Kementerian Pertahanan menjelaskan rancangan asal pelupusan kapal TLDM melalui pelan asal Transformasi 15-to-5 tidak dapat diteruskan kerana kelewatan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan faktor lain.

“Justeru, rancangan baharu pelupusan telah dibuat kajian semula melalui penstrukturan dan penjajaran semula pelan tersebut dengan mengambil kira inisiatif yang telah diguna pakai oleh TLDM untuk memanjangkan hayat kapal melalui pelbagai program pemanjangan hayat,

“Antaranya Ship Life Extension Program, Repowering Program dan Obsolescence Program,” kata pihak Kementerian Pertahanan dalam maklum balas LKAN 2/2024.

TLDM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan 3 jenis operasi iaitu Operasi Tunggal, Operasi Berkala dan Operasi Gabungan.

“Ketiga-tiga operasi tersebut dilaksanakan mengikut kekerapan yang telah ditetapkan,” jelas laporan itu.

Menurutnya, Operasi Tunggal dilaksanakan secara berterusan dengan pemantauan 24 jam

setiap hari selama tujuh hari seminggu (24/7) di Kawasan Operasi Maritim.

“Operasi Berkala pula dilaksanakan secara berkala mengikut kekerapan yang telah ditetapkan atau secara opportunity basis,

“Manakala Operasi Gabungan bertujuan menghindari anasir luar melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

LKAN 2/2024 turut menyatakan hasrat TLDM untuk menerima 18 buah kapal baharu untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan RMKe-12.

RMKe-11 merangkumi tempoh tahun 2016 hingga 2020 manakala RMKe-12 pula 2021-2025.

Namun begitu, dalam tempoh 10 tahun itu, TLDM hanya menerima 4 buah kapal baharu Littoral Mission Ship yang dibeli dari China. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply