Home Teknologi Pertahanan Boeing serah helikopter CH-47F Block II yang pertama kepada tentera AS

Boeing serah helikopter CH-47F Block II yang pertama kepada tentera AS

by M.Daim

PHILADELPHIA, 4 JUL – Syarikat Boeing telah menyerahkan sebuah helikopter CH-47F Block II Chinook kepada Tentera Amerika Syarikat (US Army).

Penyerahan tersebut melibatkan helikopter CH-47F Block II  yang pertama dari 465 buah yang dirancang dalam pelan modenisasi oleh tentera negara kuasa besar itu.

Menurut timbalan presiden dan pengurus program Cargo Programs Boeing, Heather McBryan, program modenisasi itu membolehkan helikopter Chinook untuk terus memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan misi di pelbagai domain.

“CH-47F Block II memberikan peningkatan dari keupayaan yang membolehkan US Army untuk melakukan lebih banyak misi pengangkut dan terbang lebih jauh,

“Selain itu, modenisasi in juga membolehkan US Army untuk menyelenggara pesawat mereka dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Modenisasi CH-47F Block II didatangkan dengan kerangka pesawat yang diperkukuh dan sistem bahan api yang lebih baik. – airtimes.my

#AirTimes #teknologipertahanan

Related Articles

Leave a Reply