Home Semasa Kerajaan peruntukkan RM10 juta, tingkat pengetahuan dan kemahiran pelaut

Kerajaan peruntukkan RM10 juta, tingkat pengetahuan dan kemahiran pelaut

by Nurulhuda

PULAU PINANG, 29 Jun – Kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), memperuntukkan RM10 juta tahun ini untuk pelaut bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kemahiran pelaut dan mengiktiraf pengorbanan mereka terhadap ekonomi negara.

“Pelaut yang berminat boleh memohon melalui Persatuan Profesional Maritim Malaysia (IKMAL) untuk mendapat manfaat daripada inisiatif itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Hari Pelaut dan Rumah Api di Straits Quay, pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Kapt Mohamad Halim Ahmed dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika merasmikan Karnival Hari Pelaut dan Rumah Api di Straits Quay, Penang. Foto: AirTimes/N.Huda

Loke berkata, kementerian kini mempromosikan industri perkapalan dan maritim kepada golongan muda kerana peluang dan potensi yang baik termasuk pendapatan yang agak baik untuk pelaut.

“Di negara kita, tidak ramai yang terlibat dalam profesion pelaut, dengan hanya sekitar 11,000 yang aktif,

“Jumlahnya tidak besar dan kami menyasarkan untuk memperkenalkan profesion itu kerana banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai khususnya golongan muda,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, ia merupakan program tahunan Seefarnce untuk meraikan hari pelaut di Malaysia kerana pekerjaan pelaut bukan satu pekerjaan yang utama yang mempunyai pekerja yang ramai.

“SeeFarer ini memainkan peranan utama dalam ekonomi global kerana tanpa aktiviti maritim, ekonomi global tidak boleh berjalan dan kita mahu memperkenalkan Seefarer sebagai satu profesion kepada generasi muda,” jelasnya lagi.

Buat julung kalinya, Karnival Hari Pelaut bergabung bersama Hari Rumah Api pada tahun ini.

Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) diadakan selama 2 hari ini turut melibatkan pempamer dari pelbagai agensi dan syarikat termasuklah National Union Of Seafarers Of Peninsular Malaysia (NUSPM); Seafarer Management Centre (SMC); Integrated Maritime Hub Sdn Bhd & Koperasi Pelaut Malaysia Berhad serta Gading Marine Industry (GMI) dan Petrogroup Sdn Bhd.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika melawat reruai Gading Marine Industry (GMI). Foto: AirTimes/N.Huda

Sementara itu, Eksekutif Komersial Kanan GMI, Normah Amir Hussien berkata, penglibatan GMI dalam karnival ini dapat membuka ruang dan peluang untuk pihaknya mencari serta mendapatkan pelanggan dalam mempromosikan produk keluaran syarikat.

“Dengan penyertaan karnival seperti ini mungkin terdapat peluang kepada syarikat-syarikat yang datang untuk mencari pembuatan atau pembaikan kapal-kapal yang berdasarkan aluminium,

“Matlamat utama agar semua rakyat Malaysia dan di luar negara tahu bahawa Gading Marine merupakan syarikat tempatan yang membuat, membaiki bot berdasarkan aluminium matariel dengan menggunakan kemahiran anak tempatan,” jelasnya kepada Air Times. -airtimes.my

#semasa #airtimes #pelaut #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply