Home SemasaGlobal Sepanyol hantar peluru berpandu Patriot, kereta kebal Leopard Kepada Ukraine

Sepanyol hantar peluru berpandu Patriot, kereta kebal Leopard Kepada Ukraine

by Zulhaizi Rosdi

MADRID, 28 JUN –  Kerajaan Sepanyol telah menghantar kumpulan kedua yang membawa peluru berpandu anti pesawat Patriot jarak jauh ke Ukraine, lapor media Sepanyol Elmundo pada Selasa.

Menteri Pertahanan Sepanyol, Margarita Robles berkata, pakej bantuan ini merangkumi sistem Patriot, kumpulan kedua kereta kebal Leopard, pelbagai jenis peluru, termasuk peluru artileri 155mm, sistem anti-drone, sistem pengawasan dan pengesanan optronik serta menara senjata jauh.

“Penghantaran ini tiba pada 21 Jun lalu sekaligus melengkapkan penghantaran awal senjata pertahanan yang disediakan pada akhir April,” katanya.

Jelasnya lagi, penghantaran ini disifatkan sebagai ‘penghantaran penting’ ketika mesyuarat menteri Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine yang dihadiri rakan sejawatnya dari Ukraine, Rustem Umerov, 25 Mei lalu.

“Penghantaran itu sejajar dengan perjanjian keselamatan yang dimeterai di Madrid antara Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

“Perjanjian ini menunjukkan Sepanyol komited dalam menyediakan sokongan ketenteraan berjumlah 1 bilion euro pada tahun 2024 bagi meningkatkan keupayaan pertahanan Ukraine,” ujarnya.

Selain itu, Sánchez dalam sidang akhbar bersama Zelenskyy menekankan bahawa dana itu akan membolehkan Ukraine menguatkan sumber pertahanannya termasuk pertahanan udara bagi melindungi orang awam dari serangan Rusia.

Dalam masa sama, Zelenskyy turut menzahirkan penghargaan atas perjanjian keselamatan itu yang disifatkan sebagai dokumen strategik penting serta menunjukkan kebolehpercayaan Sepanyol sebagai rakan kongsi yang tidak menutup mata terhadap pelanggaran norma asas Undang-undang Antarabangsa Rusia.

Presiden Ukraine itu secara khusus mengiktiraf peluru berpandu dan peralatan berperisai baharu yang digariskan dalam perjanjian itu serta dalam masa sama akan menjana pekerjaan dan pembangunan teknologi. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply