Home Teknologi Pertahanan LST buatan Malaysia hibah kerajaan Australia kepada polis maritim Vanuatu

LST buatan Malaysia hibah kerajaan Australia kepada polis maritim Vanuatu

by Zaki Salleh

Kerajaan Australia telah menghibahkan sebuah kapal pendarat (LST) kepada polis maritim Republik Vanuatu sebagai sebahagian daripada Program Kerjasama Pertahanan.

Republik Vanuatu merupakan sebuah negara kepulauan kecil di selatan Lautan Pasifik yang berjiran dengan Australia.

Apa yang menarik, LST terpakai yang dibeli Australia daripada syarikat Perancis, Peschaud International itu dibina oleh sebuah syarikat perkapalan Malaysia.

Kapal awam yang dibina pada 2017 itu dibeli pada harga AS$7.18 juta sebelum dinaik taraf.

LST sepanjang 47 meter dengan berat kira-kira 450 tan dan dilengkapi kren dek 30 tan menjadikan ia kapal itu terbesar pernah dikendalikan polis maritim Vanuatu.

Ia akan dinamakan sebagai RVS Sokomanu sempena presiden pertama Vanuatu Ati George Sokomanu yang berkhidmat antara 1984 dan 1989.

Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik, tetapi berdasarkan gambar LST tersebut seakan-akan menyerupai kapal jenis sama yang dibina oleh Shin Yang Group iaitu syarikat pembinaan kapal dari Sarawak.

Syarikat ini ada membina kapal LST berdasarkan jenis-jenis kapal yang telah dihasilkan.

Shin Yang Group juga bukanlah asing dalam bidang pembinaan kapal global kerana ia turut membina kapal kepada negara luar.

Pada tahun 2012, Shin Yang Shipping Corporation Bhd telah membina dua buah kapal pendarat LCT sepanjang 80 meter untuk tentera laut Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan ini merupakan kapal kelapan dan kesembilan yang dibina syarikat tersebut untuk UAE bermula tahun 1998.

LST yang dihibah Australia ini membolehkan polis maritim Vanuatu menjalankan operasi seperti pengangkutan termasuk menyediakan sokongan bagi misi bantuan kemanusiaan dan bencana,

Kapal itu dijangka belayar dari Singapura ke Vanuatu dengan kru yang terdiri daripada polis Vanuatu dan kelasi awam Filipina.

Kelas awam bagaimana pun akan meninggalkan kapal sebaik tiba di Port Vila.

Sejak Mac tahun lalu 2023, Australia melatih beberapa pegawai polis maritim Vanuatu di atas kapal pendaratan kapal serangan amfibia, HMAS Canberra.

Program latihan ini akan diteruskan Australia pada masa hadapan dengan kos dibiayai sepenuhnya oleh Canberra. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #TeknologiPertahanan #Australia #Industri

Related Articles

Leave a Reply