Home Semasa Filipina jangan sekadar membantah dalam isu Laut China Selatan – Marcos

Filipina jangan sekadar membantah dalam isu Laut China Selatan – Marcos

by Aqilah Azman

MANILA, 28 JUN –  Presiden Ferdinand Marcos Jr, berkata pada hari ini usaha Filipina “perlu melakukan lebih banyak lagi” berbanding sekadar membantah ‘tindakan haram’ Beijing di Laut China Selatan.

Dalam kenyataannya, “Kami telah memfailkan 100 bantahan, kami juga membuat tindakan diplomatik dalam jumlah sama.”

Justeru, terdapat beberapa anggota Pengawal Pantai China yang bersenjatakan pisau, kapak dan kayu mengepung serta menaiki tiga bot tentera laut Filipina pada minggu lalu.

Turut dikenalpasti, salah seorang askar Filipina mengalami putus jari dalam insiden tersebut.

Pada masa sama, bot-bot tersebut sedang dalam misi menghantar makanan kepada askar-askar Manila yang mengawal kapal terkandas di Beting Thomas Kedua.

Ia merupakan insiden terbaharu dan paling serius melibatkan konfrontasi antara kapal China serta Filipina ketika Beijing meningkatkan usaha yang menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan.

Berikutan, pertempuran yang belaku antara kedua-dua pihak mengundang kebimbangan dan menimbulkan konflik di Laut China Selatan bilamana adanya campur tangan Amerika Syarikat.

Beting Thomas Kedua terletak sekitar 200 kilometer dari Pulau Palawan di barat Filipina dan lebih 1,000 kilometer dari daratan paling dekat di China iaitu Pulau Hainan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply