Home SemasaGlobal Erdogan dan Turkiye bersama Lubnan, label Netanyahu ‘kurang waras’

Erdogan dan Turkiye bersama Lubnan, label Netanyahu ‘kurang waras’

by Zulhaizi Rosdi

ANKARA, 28 JUN – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya akan bersama Lubnan dan menyeru negara serantau menunjukkan solidariti terhadap penentangan Israel.

Erdogan mendakwa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berusaha meluaskan konflik di Gaza ke Lubnan selepas beberapa siri berbalas serangan berhampiran sempadan Lubnan.

“Nampaknya Israel kini mengalihkan pandangannya ke Lubnan selepas memusnahkan dan membakar Gaza. Kami melihat negara-negara Barat memberi sokongan kepada Israel di belakang tabir.

“Ia amat teruk dan menyedihkan bahawa kerajaan yang bercakap tentang kebebasan, hak asasi manusia dan keadilan adalah tawanan orang yang sakit mental seperti Netanyahu,” katanya dalam ucapan Ahli Parlimen dari parti pemerintahnya pada Rabu.

Konflik Israel dan Hezbollah dilihat semakin memuncak apabila hampir setiap hari siri berbalas serangan berlaku sejak perang di Gaza tercetus.

Setakat ini, lebih 400 individu di Lubnan telah terbunuh dalam serangan Israel manakala 27 individu terbunuh oleh serangan yang dilancarkan Lubnan di utara Israel. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply