Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara SEASAR GADING: Tingkat kemahiran anak kapal, anggota PASKAU dan CAR

SEASAR GADING: Tingkat kemahiran anak kapal, anggota PASKAU dan CAR

by Nurulhuda

PULAU PANGKOR, 27 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Latihan Sea Search and Rescue (SEASAR) GADING Siri 1/24 pada 20 hingga 26 Jun lalu di Pulau Pangkor.

Tujuan latihan SEASAR Gading ini adalah untuk meningkatkan kemahiran serta menguji kecekapan anggota No 10 Skuadron, Combat Air Rescue (CAR) dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dari pangkalan udara seluruh Malaysia.

Menurut TUDM, latihan ini turut mendapat bantuan teknikal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada (MPA) Barat.

“Pelaksanaan latihan telah dibahagikan kepada 4 Fasa. Fasa pertama adalah kelas teori, pemeriksaan peralatan dan latihan perairan bagi anak kapal yang terlibat,

“Fasa kedua melibatkan pergerakan ke kawasan latihan. Fasa ketiga adalah pelaksanaan latihan perairan di sekitar kawasan Pulau Pangkor,

“Dalam fasa ini, latihan perairan yang dilaksanakan adalah navigasi laut menggunakan bot tempur, penyelaman tempur taktikal, latihan menyelamat menggunakan transaco stretcher, rescue basket dan life hoisting, latihan penyusupan masuk dan keluar kawasan operasi menggunakan teknik Waterjump dan Airborne Tactical Extraction Platform (AirTEP). Fasa terakhir adalah Return to Base atau pergerakan pulang ke pangkalan,” jelas TUDM menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Tambah TUDM, Program Jiwa Murni (PJM) turut dilaksanakan di sekitar kawasan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor oleh peserta-peserta dalam latihan ini.

Latihan yang dilaksanakan selama 7 hari telah diketuai oleh Pegawai Memerintah No 10 Skn iaitu Leftenan Kolonel Ahmad Farhan Ahmad TUDM.

Pihak TUDM menambah, secara keseluruhannya, latihan kali ini telah mencapai misi dan objektif yang ditetapkan dengan kerjasama jitu dan usaha bersepadu daripada semua pihak yang terlibat.-airtimes.my

#TUDM #airtimes #pertahanan #PASKAU

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!