Home Semasa Penjualan saham MAHB: Soal keselamatan negara tidak berbangkit sama sekali – Anwar

Penjualan saham MAHB: Soal keselamatan negara tidak berbangkit sama sekali – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Isu keselamatan pintu masuk negara susulan penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) tidak perlu dibangkitkan sama sekali berikutan ia masih di bawah tanggungjawab kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, selain faktor keselamatan, jawatan Pengerusi MAHB dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB masih kekal diterajui oleh rakyat Malaysia.

“Jadi soalan penjual MAHB, tidak berbangkit sama sekali,

“Pegangan saham majoriti MAHB dikuasai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 70 peratus, meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya,

“Pengerusi syarikat syaratnya mesti rakyat Malaysia, CEO rakyat Malaysia, manakala keselamatan keseluruhan adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.

Dalam masa yang sama, Anwar turut berkata, penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock dibuat selepas melalui syarat ketat, dengan tapisan dilakukan dalam kalangan keseluruhan 145 syarikat yang berminat.

Menurutnya, daripada 145 syarikat itu, 5 syarikat akhirnya disenarai layak termasuk BlackRock, dengan antara isu yang timbul di peringkat rundingan adalah kebanyakan syarikat berkenaan mahu diberikan hak mengurus sepenuhnya.-airtimes.my

#semasa #MAHB #khazanah #DSAI #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply