Home Pertahanan dan Keselamatan 79,239 veteran belum terima Pingat Jasa Malaysia

79,239 veteran belum terima Pingat Jasa Malaysia

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 25 JUN – Seramai 79,239 orang didapati masih belum menerima Pingat Jasa Malaysia sehingga kini, Mei 2024. Manakala, berbaki jumlah keseluruhan veteran yang telah menerima PJM adalah seramai 42, 557 orang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penyataan jawapan lisan di Parlimen.

Menurut beliau., pihak Kementerian sentiasa komited dan sedang melipatgandakan usaha dalam menyampaikan PJM terhadap baki veteran ATM yang layak.

Mengulas lebih lanjut, mengenai elaun PJM sebagaimana termaktub dalam Warta Kerajaan, pengurniaan tersebut tidak memperuntukkan pemberian sebarang elaun.

Selain itu, kerajaan berbesar hati memberi bayaran one-off RM500 kepada 121, 816 penerima termasuk balu dan duda sebagai saguhati pada tahun 2020 dan 2021 sejajar dengan hasil kewangan sebanyak RM66 juta.

“Kementerian sentiasa komited dalam membantu komuniti veteran ATM dalam aspek kebajikan dan peningkatan sosioekonomi, terutamanya kepada penerima-penerima pingat PJM ini.” katanya, bagi menjawab persoalan Dato’ Khlir Mohd Nor. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply