Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Gagal masuk semula ke Malaysia, Tentera Darat usir 47 PATI di sempadan negara

Gagal masuk semula ke Malaysia, Tentera Darat usir 47 PATI di sempadan negara

by Nurulhuda

KUCHING, 24 Jun– Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya menyekat kemasukan 47 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lolos ke negara ini dalam tempoh 24 jam, pada Ahad.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas 1 Div menjelaskan, TDM telah melakukan 3 kali pengusiran di Sektor Pos GABMA Biawak ketika melaksanakan penugasan rondaan bersepadu bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

Menurutnya, pengusiran pertama melibatkan 7 PATI yang ditahan berdekatan sebuah lorong tikus iaitu pada jarak kurang 100 meter dari sempadan Indonesia pada pukul 12.10 tengah hari.

“Manakala, pengusiran kedua pula berlaku pada pukul 1.45 petang setelah anggota ronda TDM terserempak dengan 20 lagi PATI pada jarak lebih kurang 118 meter dari arah sempadan Indonesia,

“Pengusiran kali ketiga yang melibatkan 20 lagi PATI dilakukan kira-kira setengah jam kemudian di pos yang sama,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, hasil siasatan ke atas kesemua PATI itu mendapati kesemua mereka baru tamat bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha dan dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia semula secara haram.

Kesemua PATI itu didapati baru tamat bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha dan dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia semula secara haram. Foto: MK 1 Div

“Hasil penahanan dan pemeriksaan terhadap 47 orang PATI yang berumur antara 18 hingga 56 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu lagi.

Panglima 1 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis berkata, pasukanya akan terus komited memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia.

“Ia adalah bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” ujarnya.

Untuk rekod katanya, pengusiran PATI terus meningkat daripada 15 orang pada Januari kepada 118 orang sehingga semalam. -airtimes.my

#airtimes #TDM #PATI #Malaysia #Indonesia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply