Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Cubaan seludup daun ketum bernilai RM56,000 gagal

Cubaan seludup daun ketum bernilai RM56,000 gagal

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 23 JUN – Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke Thailand di kawasan sempadan negara.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam kenyataan berkata, daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan 4 roda di kawasan hutan berhampiran sempadan pada 6.30 pagi semalam.

“Pasukan menemukan Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand,

“Hasil siasatan mendapati 70 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700kg dengan anggaran nilai sebanyak RM56,000 berada di dalam kenderaan itu,” jelas pihak 2 Div dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Semua bungkusan dan kenderaan itu dengan anggaran nilai keseluruhan RM81,000 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Tambah pihak 2 Div, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara.-airtimes.my

#TDM #seludup #daunketum #pertahanan #Malaysia #thailand

Related Articles

Leave a Reply