Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Konsep ‘Combine Arms Ops’ beri kelainan MALPTAAC siri 15/2024

Konsep ‘Combine Arms Ops’ beri kelainan MALPTAAC siri 15/2024

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MALPTAAC) tahun ini akan dilaksanakan mengikut konsep ‘Combine Arms Ops’ yang melibatkan latihan bersama kereta perisai, senjata bantuan dan pasukan artileri.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab berkata, sebelum ini MALPTAAC yang kali terakhir diadakan pada 2019 hanya melibatkan konsep infantri tanpa aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Program ini memberi pendedahan tentang betapa sukarnya mengendalikan aset seperti kereta perisai dan strategi dalam mengatur serta melaksanakan serangan,” seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

MALPTAAC siri 15/2024 akan diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis bermula 26 Jun hingga 10 Julai ini melibatkan 29 pegawai askar wataniah, lebih 600 pelajar daripada 18 politeknik yang menyertai askar wataniah bersama 11 Rejimen Askar Wataniah.

Dalam program tersebut, pelatih akan menjalani pelbagai aktiviti antaranya ujian jalan laju, memanah, merentas desa dan latihan di medan tempur.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata pelatih juga akan dilatih dalam membina kemahiran insani mereka seperti kepimpinan, ketepatan waktu dan membuat keputusan dengan bijak dalam keadaan terdesak.- airtimes.my

#TDM #ATM #MALPTAAC #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply