Home Semasa Tun Mahathir: Kenapa jual 30 peratus saham MAHB kepada penyokong Israel?

Tun Mahathir: Kenapa jual 30 peratus saham MAHB kepada penyokong Israel?

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mahu jual 30 peratus sahamnya kepada syarikat Amerika Syarikat (AS) yang menyokong Israel.

Pada mulanya, beliau menyangka tindakan itu kerana MAHB mencatatkan kerugian. Bagaimanapun, kemudiannya, beliau mendapat tahu sangkaan itu tidak benar.

“Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi,

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini,

“Kenapa nak jual 30% kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?,” jelasnya dalam satu hantaran ringkas di laman media sosialnya, hari ini.

Ahli politik veteran itu turut mempersoalkan sekiranya keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MAHB itu mempunyai agenda tersendiri.

“Saya tak faham. Mungkin ada udang di sebalik batu?,” jelasnya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Global Infrastructure Partners (GIP) dan rakan kongsi dari Abu Dhabi yang didakwa akan memiliki 30 peratus saham MAHB.

GIP didakwa adalah subsidiari syarikat Blackrock yang pro Israel.-airtimes.my

#semasa #DrMahathir #malaysia #israel

Related Articles

Leave a Reply