Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat gagalkan cubaan seludup 720kg daun ketum di sempadan negara

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup 720kg daun ketum di sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 19 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 720 kilogram (kg) daun ketum di sempadan negara, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, rampasan tersebut dilakukan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 7.15 pagi.

Menurut pihak 2 Div, pasukan operasi yang sedang melaksanakan Pos Pemerhati menemui sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Pajero pada jam 9 malam.

“Kenderaan terbabit didapati ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand,

“Hasil siasatan mendapati terdapat 71 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 720kg dianggarkan bernilai RM57,600 dalam kenderaan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kesemua bungkusan dan kenderaan dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM77,600 telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

Tambah pihak 2 Div, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara.-airtimes.my

#airtimes #TDM #Malaysia #Thailand #seludup #daunketum

Related Articles

Leave a Reply