Home Pertahanan dan Keselamatan Pegawai, anggota JKDNKA tamat latihan kursus asas taktikal payung terjun

Pegawai, anggota JKDNKA tamat latihan kursus asas taktikal payung terjun

by Zaki Salleh

TAIPING, 19 JUN – Kelaziman kursus asas payung terjun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus kepada anggota pasukan elit seperti Komando 69 dan Unit Tindakhas.

Kedua-dua entiti ini merupakan pasukan yang bernaung di bawah Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Dua tahun lalu, 28 pelatih termasuk tiga pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau FRU mengikuti Kursus Asas Taktikal Payung Terjun (ATPT) Siri PSP 1/2022.

Ini merupakan julung-julung kalinya anggota dalam JKDNKA yang bukan pasukan khas melaksanakan kursus asas tersebut.

Sejajar dengan keperluan JKDNKA, jabatan itu telah melaksanakan kursus asas payung terjun kepada pegawai dan anggotanya pada awal Jun lalu.

Kursus Asas Taktikal Payung Terjun (ATPT) JKDNKA 2024 melibatkan 30 pelatih termasuk lima anggota.

Para pelatih pegawai melibatkan lima daripada PSP, 3 Pasukan Polis Marin dan selebihnya daripada Pasukan Gerakan Am (PGA).

Empat pelatih wanita pula merupakan anggota yang bertugas dengan Komando 69.

Kursus ini dijalankan oleh Cawangan Latihan Para 69 Komando dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Latihan payung terjun bagi pasukan keselamatan tidak sama dengan latihan payung terjun bagi tujuan rekreasi.

Walaupun kedua-duanya mempelajari teori dan amali sebelum melakukan penerjunan, bezanya latihan payung terjun bagi pasukan keselamatan lebih keras kerana menekan ketahanan fizikal dan mental.

Berbeza dengan latihan payung terjun rekreasi yang mengambil masa dua hingga tiga hari, sebaliknya latihan asas payung terjun pasukan keselamatan selama sebulan.

Kursus yang dijalankan selama sebulan ini meliputi 2 fasa iaitu fasa pertama di mana peserta didedahkan dengan latihan darat merangkumi teknik terbang, mendarat, Harnest Release and  Dragging (HRND) dan para fit.

Seterusnya fasa terakhir adalah penerjunan sebenar di Lapangan Terbang Tekah Taiping bermula pada  3 Jun hingga 11 Jun.

Para peserta telah berjaya melakukan terjunan mengikut piawaian latihan 69 Komando untuk melayakan para peserta kursus di sematkan insignia sayap penerjunan.

Pada akhir kursus, Inspektor (Insp) Salahudin Shawal Hamid dari Batalion (BN) 2 PGA dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan.

Manakala Insp Syazwan Shafiq Hasnul Hadi daripada BN 4 PGA muncul peserta akademik terbaik dan Insp Mohd Asrol bin Adnan daripada BN 7 PGA dipilih peserta jasmani terbaik.

Sayap penerjunan dan sijil kursus telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Deputi Komisioner Datuk Mohd Suzrin Mohd Rodhi. – airtimes.my

#Keselamatan #UTK #VAT69 #PDRM

Related Articles

Leave a Reply