Home Semasa Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan di Gaza – Anwar

Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan di Gaza – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Malaysia dan Turkiye senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Semenanjung Gaza yang musnah ekoran kekejaman rejim Zionis sejak hampir 10 bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu antara yang dibincangkan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon mereka pada Isnin.

“Kami turut senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza,

“Presiden Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri beliau baru-baru ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima panggilan telefon daripada Presiden Recep Tayyip Erdoğan, semalam. Foto: FB DSAI

Selain mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, Perdana Menteri turut mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.

Anwar memberi jaminan lawatan itu akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye yang mula terjalin pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara. -airtimes.my

#Malaysia #Turkiye #Gaza #semasa #airtimes

Related Articles

Leave a Reply