Home Teknologi Pertahanan Jerman pilih H225 untuk kegunaan polis, ganti aset berusia lebih 20 tahun

Jerman pilih H225 untuk kegunaan polis, ganti aset berusia lebih 20 tahun

by M.Daim

BERLIN, 10 JUN – Kerajaan Jerman telah memutuskan untuk melakukan tempahan 44 buah helikopter H225 dari Airbus.

Pembelian tersebut merupakan langkah yang dilakukan oleh Berlin bagi menggantikan peranan H155 dan AS332 Super Puma yang berusia lebih 20 tahun.

Menurut Airbus, pesanan dari Jerman melibatkan 38 pembelian dengan opsyen 6 buah helikopter sebagai perolehan tambahan.

“Muatan, jarak penerbangan dan sistem penerbangan yang canggih telah menjadikan H225 sebagai helikopter pesawat serba boleh,

“Ia mampu untuk menjalankan pelbagai misi penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan,

“Ini termasuk pengangkutan pasukan khas dan memadam kebakaran serta bantuan bencana,” kata kenyataan itu.

Tambah Airbus, proses penghantaran dijadualkan bermula pada 2029 kelak.

“H225 ini dilengkapi dengan sistem misi dan komunikasi baharu meningkatkan kemampuan kesedaran situasi ke tahap yang lebih baik,

“Ia turut mempunyai kotak gear utama baharu dan juga sistem pemantauan kesihatan serta penggunaan pesawat,” jelasnya.

Menurutnya, penggunaan sistem tersebut akan meningkatkan tahap keselamatan serta menjimatkan kos.

H225 berupaya untuk terbang sejauh 832 kilometer dan 1,107 km sekiranya dilengkapi dengan tangki tambahan.

“Helikopter ini mampu untuk membawa beban luaran maksimum 4,750 kilogram,

“Keupayaan membawa beban luaran ini penting terutamanya dalam melaksanakan misi menyelamat dan juga memadan kebakaran,” kata kenyataan itu.

Pada ketika ini, polis Jerman mengoperasikan 94 buah pelbagai jenis helikopter yang dihasilkan oleh Airbus. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply