Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara RM110 juta untuk pembangunan infrastruktur di Pangkalan Udara Labuan

RM110 juta untuk pembangunan infrastruktur di Pangkalan Udara Labuan

by Nurulhuda

LABUAN, 7 Jun – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM110 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di Pangkalan Udara Labuan di Membedai yang dijadualkan bermula tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan bertujuan meningkatkan keupayaan operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), meningkatkan perlindungan cerun serta memperluas kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Beliau berkata projek baharu terbabit antaranya melibatkan pembinaan bangunan ibu pejabat pangkalan, pusat kawalan perintah pangkalan (BCCC) serta kemudahan untuk Skuadron Handau.

“Kita jangkakan kesemua projek ini siap menjelang 2026,” katanya pada majlis penyerahan Projek Pembinaan Infrastruktur untuk Perpindahan Skuadron Hawk di pangkalan udara berkenaan di sini hari ini.

Nanta berkata projek berjumlah RM19.2 juta untuk Skuadron Hawk itu merupakan bukti dedikasi kerajaan bagi menyediakan kemudahan lebih baik kepada anggota tentera.

Menurut Nanta projek bermula pada 2019 dan siap pada Mac lepas itu antaranya menaik taraf bangunan ibu pejabat sedia ada, garaj, kemudahan latihan berasaskan komputer (CBT), pejabat peralatan/kenderaan sokongan darat pesawat, pembinaan bangunan blok bujang dan kerja-kerja turapan di jalan rayap Bravo dan Alpha.

“Kerajaan berharap kesemua projek ini akan memberi impak positif kepada Kementerian Pertahanan dan meningkatkan keupayaan Skuadron Hawk dalam menjalankan operasi keselamatan di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Pengarah Jabatan Kerjaya Raya Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata pihaknya telah memantau dengan teliti kemajuan projek berkenaan.

Terdahulu Nanta turut meninjau kerja-kerja menaik taraf simpang tiga di Jalan Penghulu Tuah melibatkan kos RM1.2 juta. – Bernama

#pertahanan #labuan #TUDM #RKAT #airtimes

Related Articles

Leave a Reply