Home Pertahanan dan Keselamatan US Coast Guard, APMM perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

US Coast Guard, APMM perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama melalui penguatkuasaan khususnya bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, kunjungan ini adalah lawatan sulung Admiral Fagan ke Malaysia selepas beliau dilantik sebagai Commandant USCG pada 1 Jun 2022.

“Sempena rangka lawatan rasmi berkenaan, delegasi USCG telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pertemuan bilateral dengan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim,

“Antara intipati perbincangan pada pertemuan itu adalah mengenai kegiatan jenayah di perairan sempadan negara serta status pemberian kapal USCG Cutter kepada Maritim Malaysia yang bakal diterima akhir tahun ini,” jelas hantaran itu.

Tambah APMM, selain kunjungan hormat, pihak USCG juga telah menganjurkan ‘Women in Law Enforcement Forum’ yang turut melibatkan seorang pegawai kanan APMM iaitu Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly sebagai salah seorang panel forum yang diadakan di Putrajaya pada Rabu. -airtimes.my

#APMM #USCoastGuard #Malaysia #US #keselamatan

Related Articles

Leave a Reply