Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Nahas TLDM Lumut: Helikopter tidak berada dalam laluan ditetapkan

Nahas TLDM Lumut: Helikopter tidak berada dalam laluan ditetapkan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 30 MEI – Pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan laluan ditetapkan menjadi faktor utama nahas helikopter yang berlaku di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April lalu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abd Rahman Ayob dalam satu sidang media di KD SRI GOMBAK, hari ini.

Menurut beliau, Lembaga SIasatan telah membuat kesimpulan bahawa pesawat tersebut telah memasuki laluan helikopter AW 139 HOM.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abd Rahman Ayob berkata, faktor utama nahas helikopter TLDM, helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan, memasuki laluan helikopter AW139. Foto: AirTimes/Ashraf

“Faktor sekunder (kedua) yang disimpulkan oleh Lembaga Siasatan ialah channelised attention oleh kru AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan,

“Ini telah menghadkan reaksi mengelak pelanggaran,” katanya.

Beliau menambah, Laporan Akhir ini adalah selari dengan Laporan Awal yang dikeluarkan pada 9 Mei 2024 lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply