Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Dakwa tunjuk jari tengah, anggota TLDM cedera dipukul penyokong PASKAL

Dakwa tunjuk jari tengah, anggota TLDM cedera dipukul penyokong PASKAL

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 MEI – Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang cedera akibat dipukul di Stadium Pangkalan TLDM Lumut Isnin lepas.

Kejadian berlaku pada perlawanan antara unit Markas Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (MPKL) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Stadium Pangkalan TLDM Lumut.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah berkata, anggota tentera berusia 26 tahun itu melaporkan beliau dipukul secara beramai-ramai ketika sedang menonton perlawanan bola sepak pada kira-kira 7.15 malam.

“Ketika mangsa sedang melihat perlawanan bola di antara unit MPKL dan PASKAL, tiba-tiba pihak penyokong PASKAL telah memukul mangsa beramai-ramai,

“Kumpulan lelaki terbabit bertindak memukul mangsa selepas dipercayai tidak berpuas hati dan menuduh mangsa menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka sedangkan mangsa tidak berbuat demikian,

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian muka, rusuk kanan, leher kiri dan kepala serta menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis pada Selasa kira-kira jam 12.53 tengah hari.

Mohamed Nordin berkata, kes diklasikfikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 2 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai juga diminta yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Nazari Yaakob di talian 017-572 9646 bagi membantu siasatan,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#TLDM #PASKAL #gaduh #bola #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply