Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Empat warga asing ditahan ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

Empat warga asing ditahan ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

by Nurulhuda

KLANG, 29 Mei – Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua mereka yang berumur antara 21 hingga 36 tahun itu ditahan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas ketika berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai bertugas di PHN pada 8 malam, 26 Mei lepas berhubung kejadian itu sebelum mengarahkan anggota kereta peronda yang berdekatan ke lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek ditahan anggota TLDM selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN dan berpura-pura mengambil gambar,

“Suspek ditahan anggota TLDM yang kemudiannya memaklumkan kepada polis untuk tangkapan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kesemua suspek direman 3 hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pencerobohan.

Cha berkata siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulinan pasport, permit dan pergerakan keluar masuk kesemua suspek ke Malaysia. -airtimes.my

#PHN #TLDM #ceroboh #PDRM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply