MELAKA, 29 MEI – Rejimen Pertama Artileri DiRaja (Para) telah melaksanakan Latihan Kesiagaan Eks STALLION WING 1 RAD (Para) Siri 2/2024 bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran anggota serta kru di dalam latihan bersama pesawat udara.
Markas 10 Briged (Bgd) Para menjelaskan, latihan yang dilaksanakan di sekitar kawasan Kem Terendak pada dari 14 hingga 23 Mei lalu ini turut memfokuskan aturgerak Bateri Meriam dengan menggunakan platform ๐๐ช๐ณ ๐๐ฐ๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ.
Menurut 10 Bgd Para, latihan yang berkonsepkan Aturgerak Udara dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Fasa 1: ๐๐ฏ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฃ๐บ ๐๐/๐๐ฆ๐ญ๐ช โ ๐๐ข๐ด๐ต ๐๐ฐ๐ฑ๐ช๐ฏ๐จ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ด๐ญ๐ถ๐ฏ๐จ Meriam 105mm LG 1 MK III dan Fasa 2: Aturgerak Meriam di tempat meriam baharu.
โLatihan kesiagaan ini telah dirangka secara terperinci yang memfokuskan Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) dalam melaksanakan aturgerak meriam menggunakan teknik Anduh Bawah,
โTeknik aturgerak ini diaplikasikan apabila melakukan aturgerak di kawasan yang tiada laluan masuk untuk kenderaan,
โSelain itu, latihan ini juga menitikberatkan ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ณ๐ฐ๐ญ (C2) di semua peringkat pemerintah dalam latihan tersebut,โ jelas 10 Bgd Para menerusi hantaran di Facebooknya.
Tambah 10 Bgd Para, latihan ini bertepatan dengan keperluan template latihan 10 Bgd (Para) sebagai ๐๐ข๐ฑ๐ช๐ฅ ๐๐ฆ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฐ๐ณ๐ค๐ฆ (RDF) dan seiring dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap Paratrooper dalam ๐๐ฐ๐ณ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ iaitu โBerlatih Untuk Berperangโ.
Pelaksanaan latihan ini juga secara langsung bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawan bagi melahirkan warga Tentera Darat yang profesional dan memiliki jati diri yang unggul berlandaskan nilai-nilai murni.-airtimes.my
#TDM #10Bgdpara #airtimes #pertahanan