Home SemasaGlobal Hamas bedil Tel Aviv untuk kali pertama selepas 4 bulan

Hamas bedil Tel Aviv untuk kali pertama selepas 4 bulan

by M.Daim

KAHERAH, 27 MEI – Hamas telah melancarkan serangan serangan roket terhadap Tel Aviv pada Ahad.

Serangan tersebut disahkan oleh pihak Israel dan Hamas melalui saluran rasmi masing-masing.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam dalam satu kenyataan menjelaskan serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap  Israel.

Sementara itu, pihak tentera Israel menyatakan sebanyak 8 roket dikesan memasuki kawasan Tel Aviv dan telah berjaya dipintas.

Kali terakhir serangan roket jarak jauh dilancarkan oleh kumpulan Palestin terhadap Israel adalah pada Januari 2024.

Menurut Tel Aviv, serangan roket dari Hamas dikesan melepasi kawasan Rafah.

Rafah, kawasan di selatan Gaza adalah terletak sejauh 100 kilometer dari Tel Aviv.

Pada ketika ini, kawasan Rafah menjadi tumpuan dunia apabila Israel mahu melancarkan serangan terhadap kawasan tersebut yang didakwa menjadi kubu terakhir Hamas. Kawasan tersebut merupakan bandar sempadan Gaza-Mesir.

Sehingga kini, hampir 36,000 warga Palestin dilaporkan terkorban dalam peperangan yang tercetus semenjak 7 Oktober 2023.

Selain Rafah, pertempuran dilaporkan tercetus di kawasan Jabaliya, utara Gaza. – airtimes.my

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply