Home SemasaGlobal Amerika Syarikat pintas, musnahkan UAV Houthi

Amerika Syarikat pintas, musnahkan UAV Houthi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 MEI – Tentera Amerika Syarikat telah memintas dan memusnahkan sebuah sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) di Laut Merah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak U.S. Central Command (USCENTCOM) dalam satu kenyataan di akaun media sosial rasminya.

Menurutnya, UAS tersebut telah dilancarkan dari kawasan Yaman yang dikuasai oleh pihak Houthi.

“UAS tersebut didapati memberikan ancaman terhadap kapal-kapal dagang yang melalui Laut Merah,

“Tindakan memintas dan memusnahkan UAS tersebut dilakukan bagi melindungi kebebasan berlayar serta menjadikan kawasan perairan antarabangsa lebih selamat,” katanya.

Kumpulan bersenjata Houthi dari Yaman telah melancarkan serangan terhadap mana-mana kargo kapal di Laut Merah sebagai tanda solidariti terhadap penduduk Gaza yang berhadapan serangan berterusan Israel semenjak 7 Oktober 2023.

Laut Merah merupakan antara laluan perkapalan antarabangsa  yang kritikal di mana ia menghubungkan kawasan Eropah dan Asia melalui Selat Suez.

Lantaran daripada ancaman Houthi, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin telah mengumumkan Operation Prosperity Guardian, yang merupakan operasi melibatkan tentera pelbagai negara. – airtimes.my

#AirTimes #Global #LautMerah

Related Articles

Leave a Reply