Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat terbang rendah: TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun

Pesawat terbang rendah: TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun

by Nurulhuda

KUANTAN, 26 Mei – Orang ramai di negeri Pahang dan sekitar dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan terbang di ruang udara berkenaan bagi melaksanakan latihan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Jun ini.

“Latihan sehingga 2 Jun ini adalah bertujuan mempamerkan kesiagaan aset dan anggota TUDM sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66,

“Latihan itu juga bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” jelas kenyataan itu.

Menurut TUDM, sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang.-airtimes.my

#TUDM #TUDM66 #pertahanan #pahang #Kuantan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply