Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara PATKOR MALINDO: Pesawat TUDM, TNI-AU laksana rondaan maritim demi keamanan serantau

PATKOR MALINDO: Pesawat TUDM, TNI-AU laksana rondaan maritim demi keamanan serantau

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Mei 24 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan maritim udara dalam Operasi Patroli Udara Bersama Terkoordinasi Malaysia – Indonesia (PATKOR MALINDO) siri 1/24 di ruang udara Selat Melaka.

TUDM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, pengoperasian ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka.

Menurut TUDM, selain menjaga ruang udara di Selat Melaka, kerjasama pengoperasian dua hala yang dilaksanakan ini juga adalah bagi meningkatkan tahap kesiagaan operasi bagi kedua-dua angkatan udara.

“Selain itu, ia juga memupuk kerjasama bersepadu dan strategik serta mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan angkatan udara yang sedia terjalin.

“Di samping itu, rondaan bersama ini juga adalah sebagai ‘show of presence’ demi keamanan ruang udara serantau khususnya di ruang udara kawasan perairan Selat Melaka,” jelas TUDM lagi.

Dalam operasi ini, TUDM telah mengaturgerak 2 buah pesawat F/A-18D dari No 18 Skuadron yang diterbangkan oleh Mejar Mohd Azlan Kasih TUDM bersama Kapt Ahmad Nazhan Ahmad Nazrin TUDM bagi pesawat pertama.

Manakala Pesawat kedua pula diterbangkan oleh Mejar Nazrin Mohd Nadzri TUDM bersama Leftenan Muhammad Akmarul Syahmie Mohd Emron TUDM.

TNI-AU pula mengaturgerak 2 buah pesawat F16 C dari Skuadron Udara 16 yang berlepas dari LANUD Roesmin Nurjadin, Pekan Baru.

Operasi PATKOR MALINDO kali ini turut melibatkan CRC Kuantan sebagai Pusat Kawalan Operasi, JAMCC Sepang dan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) sebagai koordinator untuk ruang udara yang difokuskan.

Manakala Komando Sektor 1(KOSEK 1) Medan bertindak sebagai Pusat Kawalan Operasi bagi TNI-AU.

“Rondaan Udara Bersama ini adalah bukti jalinan kerjasama pertahanan serantau bagi menjaga keselamatan serta kestabilan ruang udara dua buah negara serumpun yang membantu memanfaatkan banyak pihak,

“Operasi ini berjaya dilaksanakan susulan hasil daripada Mesyuarat Koordinasi PATKOR MALINDO SIRI 1/24 yang dipengerusikan oleh Kolonel Ahmad Edros Ahmad Osman TUDM bersama rakan sejawatan dari TNI-AU Kol Pnb Nana Resmana pada 6 hingga 8 Mei 2024 di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU) Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang lalu,” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my

#Malaysia #Indonesia #TUDM #TNI #patkormalindo #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!