Home Pertahanan dan Keselamatan Suspek bersenjatakan parang serang Balai Polis Ulu Tiram

Suspek bersenjatakan parang serang Balai Polis Ulu Tiram

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 17 Mei – Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi tadi, apabila suspek seorang lelaki berpakaian gelap dan bertopeng menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Menurutnya, suspek mencederakan 3 orang anggota polis yang bertugas dan merampas 2 laras senjata serta melepaskan 2 das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Difahamkan seorang mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala seorang lagi maut setelah ditembak di bahagian perut dan lengan.

Manakala, seorang lagi mangsa yang ditembak kini berada di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sehingga kini, AIr Times masih menunggu pengesahan dari pihak polis berkenaan insiden tersebut. -airtimes.my

#semasa #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply