Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terima pesawat F/A-18D kedua diselenggara dalam Malaysia

TUDM terima pesawat F/A-18D kedua diselenggara dalam Malaysia

by Ashraf Manaf

BUTTERWORTH, 3 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima pesawat pejuang F/A-18D Hornet kedua yang diselenggara dalam negara.

Penyelenggaraan dijalankan mengikut Local Planned Maintenance 12 Years (LPM-12Y) oleh Syarikat Rosebank Engineering.

“LPM-12Y adalah tahap penyelenggaraan depot (Depot Level Maintenance, DLM) yang melibatkan pemeriksaan menyeluruh struktur pesawat, penilaian kerosakan, dan baik pulih,” kata TUDM dalam akaun media sosial rasminya.

Penyelenggaraan ini telah dijalankan dalam negara sejak 2021.

Lazimnya F/A-18D perlu menjalani penyelenggaraan di luar negara. Namun, kerjasama antara TUDM dengan industri aeroangkasa tempatan dan luar negara, termasuk G7 Global Aerospace (G7GA) dan Rosebank Engineering, membolehkan penyelenggaraan dilakukan dalam negara.

Penyerahan pesawat F/A-18D kedua yang selesai diselenggara itu telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM baru-baru ini.

Upacara berlangsung di Hangar Hornet Readiness Center (HRC), Pangkalan Udara Butterworth. Syarikat Rosebank Engineering, yang diwakili oleh Senior Maintenance Manager, Joshua Robinson, menyerahkan pesawat tersebut kepada Leftenan Kolonel Muhd Faizal Ab Rahim, Pegawai Memerintah No. 18 Skuadron. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TUDM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!