Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen Pahang hantar 40 PATI pulang ke Indonesia

Imigresen Pahang hantar 40 PATI pulang ke Indonesia

by Nurulhuda

BERA, 3 Mei – Seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang pada Khamis.

JIM Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua PATI yang dihantar pulang itu terdiri daripada 36 lelaki dan 4 wanita.

Menurutnya, penghantaran tersebut menggunakan perkhidmatan feri dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka ke Pelabuhan Dumai, Indonesia.

“Kesemua PATI adalah tahanan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera yang telah selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” kata JIM Pahang, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, program pemindahan PATI yang dikendalikan Depot Imigresen Kemayan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Pahang.

Sebelum itu, JIM Pahang turut memaklumkan pihaknya telah menghantar pulang 69 PATI warga Kemboja, China, Vietnam, Nepal, Pakistan, Filipina, India, Bangladesh dan Sri Lanka pada 30 April lalu melibatkan 48 lelaki, 18 wanita dan tiga kanak-kanak.

“Mereka dihantar pulang dari Depot Imigresen Kemayan ke negara masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2,” jelas kenyataan itu. -airtimes.my

#JIM #keselamatan #airtimes #PATI #Malaysia #Indoensia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!