Home Pertahanan dan Keselamatan Brunei beli 6 buah H145M dari Airbus Helicopters

Brunei beli 6 buah H145M dari Airbus Helicopters

by Wazien Zamri

DONAUWORTH, 3 Mei – Kementerian Pertahanan Brunei telah memeterai kontrak perjanjian dengan Syarikat Airbus Helicopters bagi pemerolehan 6 buah helikopter Airbus H145M.

Airbus Helicopters dalam satu kenyataan berkata, H145M diperoleh Brunei ini bakal menggantikan helikopter Bolkow BO105 yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

“Kami amat berbesar hati dengan pemilihan H145M dalam menyokong usaha peluasan armada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB),

“H145M dipandang baik dengan keupayaan dan prestasinya yang tinggi, kami yakin ia akan membawa perubahan langkah dalam kesiagaan operasi ke Brunei,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Helicopters, Bruno Even dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, Airbus menyatakan H145M dipercayai akan meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ADBD) dalam pelaksanaan misi serta operasi diantaranya ialah Bantuan Udara Jarak Dekat (Close Air Support) dan Pemantauan Udara (Aerial Observation).

H145M ialah helikopter tentera pelbagai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam keupayaan melakukan misi. Sehingga kini, armada helikopter H145 di seluruh dunia telah mengumpul lebih daripada 7 juta jam penerbangan.

Helikopter tersebut juga dikendalikan oleh pasukan tentera darat, tentera udara dan juga penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menjalankan misi-misi yang sukar dan mencabar. Brunei merupakan negara terbaharu yang menempah H145M, setelah Cyprus, Jerman, Hungary, Luxembourg, Serbia dan Thailand. – airtimes.my

#AirTimes #Airbus #H145M #TeknologiPertahanan #Brunei

Related Articles

Leave a Reply