Home Teknologi Pertahanan H225M helikopter utiliti serba boleh dari Airbus

H225M helikopter utiliti serba boleh dari Airbus

by Ashraf Manaf

Baru-baru ini, Airbus Helicopters Malaysia menyuarakan kesediaan mereka untuk membekalkan helikopter H225M.

H225M merupakan helikopter pelbagai peranan yang dihasilkan oleh Airbus Helicopters. Helikopter ini memiliki kemampuan yang luas, meliputi operasi mengangkut, mencari dan menyelamat, serta operasi khusus.

Helikopter ini amat dikenali di negara ini dengan kehadiran EC-725AP yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

H225M yang dioperasikan oleh Tentera Udara Singapura semasa Pameran Singapore Airshow 2024. Foto: Airbus

Ia sering digunakan untuk pelbagai misi .Keupayaan dan spesifikasinya yang canggih menjadikannya pilihan utama dalam misi penyelamatan dan misi-misi khas lain.

Kabin helikopter ini mampu untuk dipadankan bagi misi pengangkutan, penyusupan anggota pasukan khas, operasi menyelamat dan juga membawa keluar pesakit serta anggota yang tercedera.

Salah satu ciri yang utama  pada H225M adalah kapasiti penumpangnya. Helikopter ini boleh menampung seramai 3 anak kapal dan 24 penumpang lain, atau dengan 11 pengusung pesakit. Ini menjadikannya amat sesuai untuk misi kecemasan dan operasi menyelamat.

Selain daripada itu, helikopter ini mempunyai kapasiti berat maksimum berlepas sebanyak 11,160 kg, yang memberikan fleksibiliti dalam membawa beban berat dan peralatan tambahan.

H225M mempunyai pelbagai konfigurasi yang disesuaikan mengikut misi. Sebgai contoh, H225M yang dioperasikan oleh Brazil yang dilengkapi dengan misil Exocet.

Helikopter ini juga mampu mengangkut beban tambahan sehingga 4,750 kg, membolehkan pelbagai peralatan dan bekalan dibawa semasa misi.

Dari segi jarak penerbangan H225M dengan tangki minyak standard, helikopter ini boleh terbang sehingga 500 batu nautika. Jika menggunakan tangki minyak yang diperluas (extended), jarak penerbangan boleh mencapai 680 batu nautika dan dengan keupayaan Air-to-Air Refueling (A2A), H225M boleh terbang sehingga 1,500 batu nautika.

Dari segi persenjataan, H225M berupaya untuk dilengkapi dengan mesingan dan pod roket. Selain itu, helikopter ini turut dilengkapi dengan keupayaan peperangan elektronik bagi menjamin keselamatan H225M dalam melakukan penyusupan ke belakang garisan musuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!