Pesawat YF-118G merupakan demonstrator teknologi berteknologi stealth yang direka oleh Boeing. Pesawat ini berperanan sebagai platform ujian untuk mengembangkan teknologi stealth.
Pesawat ini diperkenalkan pada era 1990-an, ketika itu Tentera Udara AS sudah mempunyai pesawat pengebom stealth F-117 Nighthawk dan sedang memperkenalkan B-2 Spirit. Teknologi yang diuji oleh YF-118G dipercayai mempengaruhi reka bentuk pesawat stealth generasi seterusnya seperti X-32 Joint Strike Fighter dan UAV X-45A.
Pesawat ini dikuasakan oleh enjin turbofan Pratt & Whitney JT15D-5C, yang menghasilkan sekitar 1360 kg dan mampu mencapai kelajuan maksimum 382 kilometer sejam.
Nama Bird of Prey diambil daripada kapal perang dalam filem Star Trek. Program ini dijalankan secara rahsia dari 1992 hingga 1999 denganpenerbangan pertama pada tahun 1996. Pentagon mengakui kewujudan pesawat ini pada 2002.
Teknologi yang diuji oleh YF-118G kini digunakan dalam pelbagai pesawat lain seperti F X-45A Unmanned Combat Air Vehicle. Ciri-ciri utama yang menyumbang kepada stealth adalah reka bentuk, anti-radar, warna khas, dan penderia.
Walaupun program YF-118G berakhir pada 1999, teknologi dan keupayaan yang dibangunkannya terus memberi kesan pada pesawat moden. Angkatan Udara AS mungkin sedang mengembangkan demonstrator teknologi baru untuk menguji sistem senjata dan kemampuan stealth masa depan. – airtimes.my
#AirTimes #TeknologiPertahanan