PYONGYANG, 24 April – Korea Utara akan terus meningkatkan kekuatan ketenteraan mereka sebagai bagi menghadapi Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Perkara ini dinyatakan oleh Kim Yo-jong, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja yang juga adik kepada Kim Jong-un.
“Kami akan terus membina kekuatan tentera yang paling kuat dan tak dapat ditandingi,
“Ini bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan kami serta keamanan serantau. Tiada siapa yang dapat menghancurkan tekad kami,” katanya.
Pada ketika ini, Korea Selatan dan Amerika Syarikat sedang mengadakan latihan tahunan selama dua minggu untuk meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman ketenteraan Korea Utara.
Yo-jong turut mengkritik latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang sedang berlangsung, menurut laporan yang disiarkan pada hari Rabu.
Korea Utara telah menggunakan latihan bersama Korea Selatan-AS sebagai alasan untuk melakukan provokasi ketenteraan dan mengambil tindakan provokatif, termasuk ujian senjata.
Pada 22 April , Korea Utara mengadakan latihan taktikal yang mensimulasikan serangan balas nuklear. Latihan ini melibatkan pelancar roket( super-large multiple rocket launchers) yang berpotensi untuk mencapai jarak tembakan ke seluruh wilayah Korea Selatan.
“Pada tahun ini, hampir 80 latihan bersama telah dijalankan oleh tentera AS dengan sekutunya, dan hampir 60 daripadanya melibatkan Republik Korea,” kata Kim Yo-jong melalui lidah rasmi Korea Utara, KCNA.
Dalam pernyataan lain oleh ketua seksyen berita asing di Jabatan Akhbar dan Maklumat kementerian luar Korea Utara yang disiarkan oleh KCNA, Korea Utara meminta Seoul dan Washington untuk segera menghentikan latihan ketenteraan yang sedang berlangsung. – airtimes.my
#AirTimes #Global #korea