Home Semasa Thailand lapor peningkatan penyertaan anggota tentera secara sukarela

Thailand lapor peningkatan penyertaan anggota tentera secara sukarela

by M.Daim

BANGKOK, 16 APR – Tentera Thailand melaporkan berlaku peningkatan penyertaan kerahan tentera secara sukarela di negara itu.

Pasukan tentera Thailand melaporkan seramai 38,160 lelaki telah menyertai kerahan tersebut dalam tempoh 1 April hingga 12 April 2024.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 2,543 orang berbanding 35,617 pada tahun 2023,

“Pihak tentera melihat peningkatan bilangan kerahan sukarela sebagai satu kejayaan ketara,

“Ia sejajar dengan dasar kerajaan dan kementerian pertahanan untuk meningkatkan bilangan kerahan tenaga dalam sistem sukarela yang akan dilakukan pada masa akan datang,” kata jurucakap tentera Thailand,” Capt Juthapat seperti dilaporkan oleh Bangkok Post. – airtimes.my

#AirTimes #global #thailand

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!