Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Gagal siapkan kolam selam tempur, Agong titah mahu penjelasan pihak bertanggungjawab

Gagal siapkan kolam selam tempur, Agong titah mahu penjelasan pihak bertanggungjawab

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, bahawa kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun, sehingga kini ia masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan. Pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan,

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sehubungan itu Yang di-Pertuan Agong menitahkan papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.

Sebelum ini majlis pecah tanah pembinaan kolam berkenaan telah disempurnakan pada Mei 2018 oleh Sultan Ibrahim yang pada ketika itu adalah Sultan Johor.

Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.

Fasiliti itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara, serta banyak lagi kemudahan asas sokongan operasi. -airtimes.my

#pertahanan #DaulatTuanku #airtimes #mersing

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!