KUALA LUMPUR, 14 APR – Iran telah melancarkan serangan dron terhadap Israel.
Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari.
“Iran telah melancarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) dari wilayah mereka dan menuju ke Israel,
“Sistem pertahanan udara Israel dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 4 pagi waktu Malaysia.
Menurutnya, tentera udara dan laut Israel turut diarah bersiap sedia.
“Pihak tentera akan terus memantau keadaan,” katanya.
Sementara itu, platform media sosial rasmi tentera Iran memaparkan potongan pertama ayat Al-Quran dari Surah An-Nasr.
Penduduk di beberapa lokasi di Iraq turut berkongsikan bunyi enjin pesawat UAV yang sedang merentasi ruang udara Iran. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global