KUALA LUMPUR, 12 Apr – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan memiliki 6 pucuk pistol dan 158 peluru, pada Mac lalu.
Avitan Shalom yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar.
Avitan didakwa telah berdagang senjata api iaitu Glock 19 USA 9×10 (Nombor Siri AEGS 286); Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463); Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496); Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090); N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri 58C283463).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang antara 6.46 petang dan 6 petang, pada 26 Mac dan 28 Mac lepas.
Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada 6 kali, jika sabit kesalahan.
“Saya faham tuduhan. Tidak bersalah,” katanya ringkas seperti di lapor media.
Avitan Shalom menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Avitan shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat anggota polis.
Peguam Navinjit Singh dan Jeffrey Ooi yang mewakili tertuduh bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes. -airtimes.my
#semasa #airtimes #Malaysia #Israel #tahanan