Home Pertahanan dan Keselamatan Kereta Kebal Pemburu, Jagdpanzer IV

Kereta Kebal Pemburu, Jagdpanzer IV

by Muaz Rizqi

Kenderaan perisai atau kereta kebal dalam elemen ketenteraan telah menjadi kunci dalam pelaksanaan strategi pertahanan dan juga serangan. Di antara berbagai jenis kenderaan ketenteraan yang ada, kereta kebal telah menjadi sebagai satu simbol kekuatan dan ketahanan sesebuah negara. Kenderaan itu berperanan utama dalam menembusi pertahanan musuh dan memberikan sokongan langsung kepada pasukan infantri.

Jagdpanzer IV adalah sebuah kereta kebal pemusnah Jerman dan dibina dalam 3 varian utama ketika musim Perang Dunia ke II. Jagdpanzer turut digelar sebagai “Kereta Kebal Pemburu” dan ia dibangunkan oleh Heinz Guderian pada tahun 1943. Ia dibangunkan selepas Jerman mengalami kekalahan dalam Pertempuran Stalingrad pada tahun 1942.

Pengeluaran pada mulanya ditubuhkan di Sestroretsk pada tahun 1918, tetapi telah dipindahkan ke kilang Madsen lama di Kovrov. Pada awalnya, kereta kebal itu dihasilkan sebagai pengganti kepada kereta kebal Sturmgeschütz III (StuG III).

Prototaip terakhir Jagdpanzer IV telah dibentangkan pada Disember 1943 dan pengeluaran bermula pada Januari 1944. Kereta kebal itu memiliki reka bentuk yang lebih rendah dan lebih berat serta lengkap dengan senjata utamanya iaitu meriam Panzerjägerkanone 39 L/43 75 mm.

Jerman turut menggunakan Jagdpanzer dalam menentang tentera Bersekutu Barat di Normandy dan Pertempuran Bulge pada tahun 1944.

Dalam medan pertempuran, Jagdpanzer terkenal karena kecepatan dan pengendalian yang baik, serta kemampuannya untuk beroperasi di berbagai medan. Namun, Jagdpanzer juga mempunyai kelemahan dari segi lain. Kereta kebal itu tidak mampu untuk berputar dengan cepat kerena ia menggunakan sistem traksi roda gigi serta kurang perlindungan terhadap serangan dari udara atau senjata artileri.

Versi senjata awal yang dilekapkan pada Jagdpanzer ialah dua mesingan MG 42, senapang Mauser 7.92×57mm yang dilindungi oleh plat penutup perisai MG 42. Memandangkan senapang utama terletak di antara mesingan ini, hanya satu mesingan boleh dikendalikan dari sebelah kiri sahaja.

Jagdpanzer versi kemudian hanya membawa satu mesingan MG 42 sebagai persenjataan sekunder dan berbekalkan kira-kira 1,200 butir peluru. Senjata sekunder bagi Jagdpanzer adalah dianggap luar biasa kerana kereta kebal Jerman era Perang Dunia II atau kenderaan berperisai yang lain hanya menggunakan MG 34 untuk persenjataan sekunder.

Secara keseluruhan, Jagdpanzer salah satu tonggak penting dalam sejarah perkembangan teknologi kereta kebal pemusnah. Meskipun tidak terkenal seperti beberapa model kenderaan perisai yang lain, ia tetap menjadi komponen dan aset penting dalam strategi pertahanan Jerman ketika zaman Perang Dunia ke II. -airtimes

 

#JagdpanzerIV #HeinzGuderian #Jerman #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!