Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki Israel miliki 6 senjata api, 200 peluru akan didakwa esok – KPN

Lelaki Israel miliki 6 senjata api, 200 peluru akan didakwa esok – KPN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Lelaki warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan memiliki 6 pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel pada 27 Mac lalu akan dituduh mengikut Akta Senjata Api, esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

“Ya, dia (suspek) akan didakwa esok pagi,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, selepas dikesan memiliki 6 pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan pasport Perancis.

Suspek mendakwa datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga.

Susulan soal siatan itu, polis menahan sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan. Kedua-dua mereka yang berumur 42 dan 40 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api.-airtimes.my

#keselamatan #airtimes #Malaysia #Israel #senjata

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!