Home Teknologi Pertahanan Saab diberi kepercayaan pasang sensor peperangan elektronik Eurofighter

Saab diberi kepercayaan pasang sensor peperangan elektronik Eurofighter

by M.Daim

STOCKHOLM, 1 APR – Syarikat Sweden, Saab telah dianugerahkan kontrak pemasangan penderia (sensor) peperangan elektronik (EW) pada jet pejuang Eurofighter.

Pemasangan tersebut melibatkan 15 buah jet pejuang Eurofighter yang akan dioperasikan oleh Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).

“Saab telah menerima tempahan dari Airbus untuk melengkapkan jet pejuang Jerman dengan kelengkapan EW termasuk Arexis,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, penderia EW tersebut akan merangkumi platform kecerdasan buatan (AI) Helsing.

“Arexis akan membantu pengguna untuk mengesan, mencari dan mengenalpasti kedudukan radar dalam persekitaran elektromagnetik yang kompleks,” jelas kenyataan itu.

15 buah Eurofighter Typhoon yang akan diterima oleh Luftwaffe bakal menggantikan peranan Tornado ECR. Pesawat Tornado ECR tersebut akan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2030. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!